Sistem Pengurusan Vendor LRTSB
Pendaftaran Vendor Secara Elektronik
Cepat | Mudah | Selamat
Pendaftaran Vendor Secara Elektronik
Cepat | Mudah | Selamat
Kami telah menaiktaraf sistem pendaftaran vendor LRTSB bermula pada Ogos 2024. Kami turut memahami terdapat kesulitan yang timbul disebabkan kerja-kerja penaiktarafan sistem ini.
Semua vendor yang telah berdaftar diminta untuk mendaftar semula menggunakan No Pendaftaran Syarikat (SSM) sebagai loginID/Username anda dan masukkan kata laluan yang baru.
Sistem ini dibangunkan bagi meningkatkan kecekapan pendaftaran syarikat sebagai Vendor kami. Kami mengalu-alukan syarikat yang berkeupayaan dalam kerja-kerja pembangunan ladang,bangunan serta perbekalan untuk mendaftar dan maju bersama kami.
Kami menetapkan bahawa setiap permohonan syarikat untuk menjadi Vendor Kami perlu membuat semakan dengan CTOS. Pihak kami akan membantu proses ini dan bayaran yang dikenakan adalah caj daripada CTOS.
Hanya permohonan yang lengkap dengan syarat berikut akan diproses :
Terma & Syarat
Maklumat Pendaftaran
Syarikat hendaklah memastikan semua maklumat yang dinyatakan dalam Borang Pendaftaran Vendor adalah betul. LRTSB berhak menolak permohonan anda sekiranya terdapat pemalsuan maklumat dan dokumen. Kelulusan pendaftaran vendor bukanlah jaminan bahawa vendor tersebut akan ditawarkan kerja oleh LRTSB.
MUATNAIK
Dokumen Perniagaan
Pemohon dikehendaki memuat naik dokumen yang menyokong permohonan sebagai vendor seperti sijil berkaitan perniagaan,salinan kad pengenalan,CTOS Consent Form serta dokumen lain yang berkaitan.
Terma & Syarat
Pengecualian Pendaftaran
Vendor yang membekalkan barangan secara runcit dan bernilai rendah serta membekal peralatan yang mempunyai jaminan daripada pengeluar adalah dikecualikan daripada pendaftaran.
Sebarang pertanyaan berkaitan pendaftaran vendor,
sila hubungi En Fadhir - Bhgn Pentadbiran di alamat berikut :
Ladang Rakyat Trengganu Sdn. Bhd.
ivendor@lrtsb.com.my
(609) 8730 399
Ahad - Khamis: 8:00 AM - 5:00 PM
Jumaat & Sabtu: Tutup
www.lrtsb.com.my